Nuffnang Ads

Jan 11, 2011

Pesawat AirAsia terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA)

Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia terbabas ke tepi landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) malam semalam.

Menurut Bernama, empat orang dari pesawat AK5218 yang tiba dari Kuala Lumpur itu digegaskan ke Hospital Umum Sarawak, dipercayai mengalami cedera ringan.

air asia airplane skidded of runway 081104Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 10.20 malam dan jumlah mereka yang berada dalam pesawat itu belum dapat disahkan.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin A.Rahman ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, pihaknya telah pun menghantar pegawai bersama jurutera AirAsia untuk siasatan lanjut punca kejadian.

Berita terkini dari : http://www.malaysiakini.com/news/153044

No comments:

Post a Comment