Hari ini nak cerita tentang hobi aku, kereta adalah benda kedua yang paling aku sayang , pertama mesti lah keluarga hehehehee. Semua orang terutamanya lelaki kebanyakan nya meminati sukan pemotoran dan ingin memiliki kereta sport seperti Lancer, Impreza dan lain2 termasuklah aku. Tetapi buat masa ini aku hanya mampu memiliki ini sahaja, itu pun aku bersyukur kerna memilikinya.
Inilah buah hati ku, benda yg paling kusayangi Proton wira aeroback SE 1.5L. Aku membelinya pada tahun 2005, bagaikan bermimpi aku mampu memilikinaya. Habis duit ku untuk dia tukar sound system, sport rim, pasang spoiler dan macam2 lagi. Bila aku tension jer aku mesti pergi kedai aksesori, kedai yang selalu aku lawati ialah Super Star, Sato dan banyak lagi sambil melihat aksesori dan kalau minat terus membelinya (ikut kemampuan)
Hampir kesemua negeri telah aku jelajahi dengan kereta aku ni... tidak termasuk seberang laut Sabah & Sarawak hehehehee
Kebanyakan percutiaan yang aku pergi mesti mengunakan kereta aku ni.... begitu banyak jasanya kepada aku......
Tanggal pada 29-Dec-10 aku telah membuat perubahan sedikit terutamanya bahagian depan. Aku telah meletakan Carbon Sticker untuk menutup segala keburukkan yang ada..tukar spot light dan ada lagi x ingat hehehee....... selepas siap aku puaaaasss hati....kemudian pergi cuci....nampak warna nya berkilat lagi.......



No comments:
Post a Comment